Monday, 28 January 2013

Salam Bos!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Bos-bos sekalian yang sudi menjejakkan laptop/pc/handphone ke laman blog CODJB ini. Semoga bos-bos berada dalam keadaan sihat wal-afiat wal-"kaya" (bahasa melayu).

OK, blog ini adalah sebagai ruangan untuk berkongsi kisah-kisah panjang CODJB yang mana di Facebook, nak letak gambar tak boleh susun ikut sukaria hati kita. Jadi, mungkin ada antara koleksi kami tu sebenarnya best akan jadi tak best bila tiada gambaran yang best-best untuk bos-bos window shopping kat sini.



Bukan sahaja berkaitan koleksi, ada juga berkaitan dengan cara hidup kita sehari-harian yang menghairankan, kegilaan kita yang menggelikan dan pelbagai lagi yang juga bisa (perghh) menjadi santapan minda kita sambil-sambil mengira wang-wang yang banyak insyaAllah... Walaupun tak banyak, seolah-olah ianya banyak dan melimpah-limpah... Aminn..

Saya, Encik Simfoni Six (Nama FB) atau Joe (Nama dalam CODJB) sebagai wakil krew CODJB yang 24 jam sehari, 7 hari seminggu menerima sebarang panggilan kecemasan mahupun keemasan daripada bos-bos sekelian memohon maaf jika terdapat kekurangan dalam kecekapan kami mengendalikan acara-acara yang bos-bos semua anjurkan. Kami akan perbaikinya dari semasa ke semasa.

Segala update-update yang best-best dan tak seberapa juga kami akan updatekan buat santapan umum.

Akhir sekali, tetapi bukan yang terakhir, saya ingin mengucapkan Mega-mega terima kasih pada semua bos-bos yang melawat ke sini. Segala terkasar bahasa, tersilap kata, pohon dimaafkan.

Yang Tabik Spring,
Simfoni Six @ Joe

No comments:

Post a Comment