Sunday, 3 February 2013
Apa Itu Seiko 5?
By: Joe Lee Katak (Joke)
Seiko 5, nama yang tak asing lagi terutama peminat jam tangan di Malaysia. Seiko 5 adalah suatu grup jam Seiko yang mampu dibeli oleh rata-rata rakyat Malaysia kerana ianya adalah suatu level jam yang termurah di dalam jenama Seiko, namun begitu, ini bukan bermakna ianya Low-Quality dan Less-Capability. Ianya hanyalah sama sepertimana Seiko yang lainnya. Cuma disegi perbezaan pembuatan menyebabkan ianya dilabel sebagai Seiko 5.
Namun begitu, adakah anda tahu apa maksud nombor 5 berbanding jam-jam Seiko yang lain yang tiada tanda "5" ini? Jadi disini, Joe ingin share sikit maksud nombor 5 pada jam-jam Seiko 5. Cekidot!
Jam Seiko yang dilabel sebagai Seiko '5' terbina oleh 5 ciri utama iaitu:
1. Diaflex (unbreakable mainspring)
2. Diashock (Seiko's shock resistant design, equivalent to the Swiss "Incabloc" or "Kif," etc.)
3. Automatic winding
4. Day/date indication
5. Water resistant
Jadi, walaupun Seiko 5 ni pada tahap jam Seiko yang murah tapi tidaklah bermaksud ianya "Cap Ayam", tetapi mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang terbaik! Jadi, jangan buang Seiko 5 anda!
Labels:
Automatic Winding,
Day/Date,
Diaflex,
Diashock,
Incabloc,
kif,
Seiko,
Seiko 5,
shock Resistant,
Water Resistant
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


.jpg)



No comments:
Post a Comment